Jika anda sedang mencari lokasi camping best, camping yang tenang, alami dan jauh dari kesibukan bandar di Terengganu, Kawan-Kawan Campsite Lata Sungai Cih adalah pilihan yang sangat tepat dan inilah jawapan kepada soalan anda.
Terletak di kawasan Belukar Bukit, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman, campsite ini semakin dikenali dan menawarkan pengalaman menyatu dengan alam semula jadi yang masih asli dan terpelihara.
Kenapa Pilih Kawan-Kawan Campsite Lata Sungai Cih ?
Campsite ini bukan sekadar tempat untuk berkhemah, tetapi merupakan lokasi camping tepi sungai yang paling tenang, terbaik untuk anda 'healing' bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti outdoor.
1. Sungai Jernih, Sejuk & Menenangkan
Aliran sungai di sini sangat jernih, sejuk, segar dan aliran yang menenangkan. Anda boleh mandi-manda, bermain air bersama anak-anak atau sekadar duduk, 'relax' sambil merendamkan kaki menikmati bunyi aliran air yang menenangkan jiwa.
Bunyi air mengalir secara semula jadi membantu kurangkan stress, memang 'feel healing' betul.
2. Suasana Hutan Semula jadi
Campsite ini berada di dalam dan dikelilingi kehijauan hutan yang masih terpelihara, suasana di sini sangat damai dan sesuai untuk mereka yang ingin lari seketika dari kesibukan kehidupan harian. Sunyi jauh dari bandar, udara segar tanpa pencemaran dan pemandangan hijau yang menenangkan mata.
Campsite ini juga boleh dikategorikan kepada semi campsite / wild campsite.
3. Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Kawan-Kawan Campsite ;
~ Camping santai bersama keluarga
~ Camping 2H1M / 3H2M
~ Day Hike
~ Hiking ringan ke kawasan lata atau jeram (Lata 4 Sekawan / Mini Air Terjun 4 Tingkat)
~ Hiking ke Air Terjun Sungai Cih
~ Hiking ke Air Terjun Sungai Lalang
~ BBQ dan memasak bersama
~ Mandi Sungai dan water tubing (bergantung keadaan air)
~ OOTD & content Tik Tok / Reels
~ CSR
4. Tapak Luas Sesuai Untuk Semua
Sama ada 'beginner' baru nak try camping atau kaki camping tegar, lokasi ini sesuai untuk semua peringkat. Kawasan lapang memudahkan pemasangan khemah, sesuai untuk group kecil atau besar, mesra keluarga & kanak-kanak dan aktiviti berkumpulan.
Lokasi & Akses
Alamat : Kawan-Kawan Campsite Lata Sungai Cih
Belukar Bukit, 21800 Kuala Berang, Terengganu
Lokasi ini mudah diakses dengan kenderaan biasa dan parking luas di kawasan bawah. Buat masa sekarang hanya sesuai pacuan 4 x 4 sahaja untuk rapat ke campsite. Sesuai untuk trip keluarga atau trip bersama kawan'kawan atau komuniti. Lokasi yang strategik dari bandar Kuala Berang, Terengganu.
Pengalaman Camping Yang berbeza
Apa yang membezakan Kawan-Kawan Campsite Lata Sungai Cih adalah suasana 'back to nature' yang sebenar. Pada waktu malam, anda boleh menikmati bunyi alam, bunyi sungai dan bunyi unggas atau serangga hutan, langit penuh bintang dan udara yang sejuk serta nyaman.
Pagi pula disambut dengan bunyi burung semula jadi, dan kabus nipis di sekitar sungai. Ini satu pengalaman yang sukar didapati di tempat lain. Suasana yang tenang tanpa gangguan.
Tips Sebelum Datang
Bawa peralatan camping lengkap
Sediakan lampu & powerbank
Pastikan keselamatan terutama ketika mandi sungai
Jaga kebersihan kawasan (leave no trace)
Semak cuaca sebelum datang
Sesuai Untuk Siapa ?
Kawan-Kawan Campsite Lata Sungai Cih juga sangat sesuai untuk :
Family Camping
Couple healing Trip
Open trip camping
Group Kawan-Kawan
Gathering komuniti
Family Day
Team Building Kecil atau besar
Content Creator Outdoor
Kesimpulan.
Jika anda mencari tempat camping yang tenang, cantik dan penuh dengan pengalaman alam semula jadi, Kawan-Kawan Campsite Lata Sungai Cih adalah destinasi yang wajib anda cuba.
Sekali datang, pasti nak repeat lagi !
HUBUNGI KAMI HUBUNGI KAMI HUBUNGI KAMI
Nak join camping, hiking atau open trip ?
Nak buat team building atau kem budak ?
Hubungi kami sekarang untuk tempahan dan info lanjut :
Jom rasai pengalaman camping sebenar di Kawan-Kawan Campsite Lata Sungai Cih !






